Saturday, 28 December 2024

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi?

Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan pertama sejak lahir. Bayi dengan kolik biasanya akan menangis melebihi 3 jam sehari selama lebih 3 hari seminggu dan beransur kurang pada umur 3 hingga 4 bulan.

Apakah Simptom-simptom Kolik Bayi?

Bayi dengan kolik amat kuat menangis, dengan kaki dinaikkan ke perut, tangan digenggam, belakang melengkung, dan mungkin mengalami perut kembung. Tangisan mungkin berhenti sebaik sahaja bayi mengeluarkan angin atau membuang air besar.

Apakah Punca Kolik Bayi?

Punca kolik bayi tidak diketahui. Namun, faktor-faktor berikut mungkin menyumbang kepadanya:

  1. Tidak selesa kerana gas
  2. Lapar 
  3. Terlebih makan
  4. Tiada toleransi terhadap makanan spesifik atau protein tertentu dalam susu ibu atau susu formula
  5. Bertindak balas kepada rangsangan tertentu
  6. Respons emosi seperti takut, kecewa, mahupun teruja

Bagaimana Kolik Bayi Didiagnosis?

Kolik biasanya didiagnosis sebaik sahaja ia berlanjutan sehingga tiga hingga empat bulan. Awasi waktu bayi anda menangis, waktu dia tidur, makanan yang diambil dan berapa kerap, serta corak membuang air besar bayi anda. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian untuk memastikan bayi anda tidak mempunyai masalah perubatan yang lain seperti hernia, refluks gastroesofagus, atau intususepsi.

Perkara yang perlu dielak

Menggoncang badan bayi anda dengan kuat.

Air herba Gripe, yang sering dipasarkan sebagai penawar kolik, ada dikaitkan dengan masalah keselamatan. Sesetengah jenis telah didapati mengandungi bahan berbahaya seperti unsur kaca dan alkohol. Begitu juga dengan larutan homeopati kolosin (terdapat dalam tablet kolik Cocyntal dan Hyland), yang juga didapati mengandungi ramuan berbahaya, termasuk alkohol.

Bila untuk Berjumpa dengan Doktor kerana Kolik?

  1. Anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika mana-mana perkara berikut berlaku:
  2. Bayi terus menangis selama 2 jam, dan anda tidak boleh meredakannya.
  3. Bayi mengalami kolik, dan tiada benda yang boleh meredakannya.
  4. Bayi masih mengalami simptom kolik selepas berumur 4 bulan.
  5. Bayi demam dan patut dibawa ke jabatan A&E. 
  6. Bayi selalu enggan makan atau minum, muntah berlebihan, jarang membuang air kecil, membuang air besar berdarah, atau menunjukkan perubahan sikap seperti lesu atau kurang responsif.
  7. Jika anda rasa terbeban atau berfikiran untuk mencederakan bayi anda, segera dapatkan bantuan.

Bagaimana Kolik Bayi Dirawat?

Bayi anda tidak perlu segera dibawa berjumpa dengan doktor untuk masalah kolik. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan sokongan. Anda boleh mencuba teknik meredakan bayi dengan kolik tetapi ingat untuk mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaannya.

Perkara yang perlu dibuat

  1. Mainkan muzik atau bunyi yang menenangkan. 
  2. Pujuk perlahan-lahan.
  3. Usap kepala bayi anda perlahan-lahan.
  4. Balut bayi anda dengan rapi dan peluknya agar selesa.
  5. Pertimbangkan untuk memberi anak anda makan dalam kedudukan tegak (duduk).
  6. Sendawakan bayi anda selepas makan.
  7. Mandikan bayi anda dengan air suam.
  8. Bawa bayi anda berjalan menaiki kereta.
  9. Bawa bayi berjalan dalam kereta sorong.
  10. Cuba letak tuala suam pada perut bayi anda.
  11. Berikan makan seperti biasa.
  12. Untuk bayi yang minum susu botol, cuba formula lain selama 1 minggu.
  13. Ibu boleh mengamalkan diet hipoalergenik.
  14. Urut badan bayi.
  15. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil dan Essence Rub (Baby Balm) untuk urutan pada badan bayi bagi mengelakkan kembung dan mengamankan bayi.


credit : Hospital Pantai

CARA "BERKESAN" HILANGKAN KERAK KEPALA BAYI

Kerak kepala atau Cradle Cap, saintifiknya dikenal sebagai Dermatitis seboroik biasanya berlaku kepada bayi baru lahir.

PUNCA KERAK KEPALA

  1. Akibat peradangan dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala bayi. 
  2. Juga boleh dipengaruhi oleh infeksi Pityrosporum kerana bayi mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
  3. Selain itu berpunca daripada kebersihan bayi yang tidak dijaga dengan baik. Bayi yang baru lahir, kadangkala diselimuti selaput. Apabila tidak dicuci bersih menjadi kerak.
  4. Mungkin bayi terdedah kepada alergen dan menyebabkan alergi

CARA MENGATASI

  1. Sapu Nutrien Oil Najlaa, biarkan sementara untuk melembutkan kerak kepala
  2. Mandikan bayi dengan air suam dan basuh dengan Multi Wash Najlaa, gunakan kain lembut untuk membuang keruping
  3. Setelah mandi boleh sapukan Nutrien Oil untuk melembapkan kulit kepala dan meransang pertumbuhan rambut
  4. Jangan cabut keruping yang tidak dilembutkan dahulu, bimbang menyebabkan luka dan radang pada kulit kepala bayi
Jom baca kisah Pengguna kami:


5 TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT

Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

PUNCA KEMBUNG PERUT BAYI

  1. Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
  2. Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu - sama ada terus daripada ibu atau botol susu.
  3. Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
  4. Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
  5. Makanan turut jadi punca bayi kembung perut
  6. Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung. 
Contoh makanan seperti: MAKANAN TINGGI SERAT, terutamanya makanan yang mengandungi bran - lapisan luar bijirin yang keras. BUAH. seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum, Buah sitrus, SAYURAN HIJAU seperti brokoli, asparagus dan kubis, SAYURAN BERKANJI seperti kentang, MAKANAN BERKANJI seperti pasta, PRODUK tenusu, Coklat, minuman soda dan kafein


TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG

Para ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering mengeluarkan angin:

1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut

Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.

Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu.

Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.

Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.

2. Posisi penyusuan

Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.

Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka.

Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.

3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu

Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.

Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka, 1) Di Bahu, 2) Di Paha atau 3) Dalam Posisi Duduk. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.

4. Pemilihan makanan bersesuaian

Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.

Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.

5. Herbal Oil. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan minyak Telon Herbal Oil, sebagai urutan. Kandungan ektraks herba dan menthol bagi mengeluarkan angin dalam badan bayi.






* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

5 SEBAB KULAT AIR PADA KAKI DAN RAWATANNYA

APAKAH KULAT AIR ?

Kulat air, kutu air atau kaki atlet adalah nama untuk satu penyakit yang sama. Untuk pengetahuan, sebenarnya penyakit kulat air atau dalam perubatan digelar tinae pedis adalah masalah kulit yang kebiasaanya terjadi pada bahagian kaki terutamanya bahagian celah kaki disebabkan oleh kulat. Jenis kulat yang menyebabkan perkara ini dikenali sebagai dermatophytes atau lebih tepat lagi trichophyton.


SIMPTOM-SIMPTOM 

Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini bahawa kulat air berpunca daripada jangkitan kulat atau fungus yang membiak pada lapisan kulit terutamanya di bahagian kaki. Kulat air dapat dikenal pasti melalui beberapa tanda dan gejala umum. Antaranya termasuklah:

  1. Rasa gatal, menyengat dan terbakar di celah jari kaki atau di tapak kaki
  2. Terdapat luka pada kaki anda yang menjadi gatal
  3. Kulit di celah jari kaki dan tapak kaki mengelupas 
  4. Kulit tapak kaki kering
  5. Kulit kaki melecet 
  6. Kuku kaki rapuh dan berubah warna
  7. Kuku jari kaki mudah tertanggal


PUNCA KULAT AIR

  1. Jangkitan kulat. Bahagian anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap seperti celahan jari.
  2. Sentuhan, dengan pesakit yang dijangkiti kulat air.
  3. Jangkitan kulat air menjadi aktif pada persekitaran panas dan lembap. 
  4. Pemakaian kasut yang ketat menyebabkan pengaliran udara yang tidak baik serta peningkatan perpeluhan juga menyebabkan berlakunya jangkitan ini.
  5. Merebak ke bahagian anggota badan yang lain sekiranya pesakit menggaru bahagian yang dijangkiti kulat air dan menyentuh bahagian badan yang lain tanpa membasuh tangan.

GOLONGAN BERISIKO

  1. Berkongsi peralatan peribadi seperti stoking, kasut atau tuala dengan orang yang dijangkiti kulat air
  2. Pemakaian kasut yang ketat dan tiada pengudaraan yang baik
  3. Membiarkan kaki dalam keadaan basah untuk tempoh masa yang panjang
  4. Mempunyai masalah kaki berpeluh
  5. Mengalami kecederaan pada kulit 


RAWATAN

  1. Ubat sapu (topikal) Anti-Kulat yang boleh didapati di Farmasi
  2. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nourish Lotion untuk menentang penyakit Kulat Air, Nourish Lotion mengandungi sebatian mineral yang bersifat kesembuhan.


PENCEGAHAN

  1. Pastikan kaki bersih dan kering
  2. Elak memakai kasut atau stokin yang lembap
  3. Pakai stokin jenis kapas atau mudah kering
  4. Jangan berkongsi tauala, kasut sukan, stokin dengan orang lain

TIPS UNTUK KULIT ''SENSITIF''

Kulit sensitif terjadi akibat tindak balas kulit terhadap kandungan produk-produk yang digunakan pada kulit sama ada produk cucian, wangian , solekan dan sebagainya. Sesetengah orang bukan sahaja sensitif terhadap produk yang diaplikasikan pada kulit, malah juga terhadap persekitaran. 

Mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh mengalami 1) keradangan, 2) kegatalan dan 3) gejala-gejala lain seperti bengkak, selepas terdedah kepada bahan tertentu. 

PUNCA KULIT SENSITIF

Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan masalah kulit sensitif, seperti:

  1. Terdedah kepada cahaya matahari
  2. Terdedah kepada partikel halus di udara
  3. Cecair atau bahan kimia
  4. Hormon
  5. Cuaca dan suhu
  6. Penyakit kulit seperti ekzema, dermatitis, rosacae
  7. Ubat-ubatan

RAWATAN KULIT SENSITIF

  1. Guna Produk Hypoallergenic. Menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit biasanya dapat mengatasi masalah kulit yang dialami, sabun yang pH Sekitar 5.5-7.5, dan kosmetik semulajadi
  2. Kulit yang kering merupakan salah satu punca masalah kulit menjadi sensitif. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan pelembap kulit.
  3. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebabkan reaksi pada kulit anda seperti sunburn, menjadikan kulit sensitif.

TIPS KULIT SENSITIF

  1. Mandi menggunakan air sejuk atau air suam. Elakkan dari menggunakan air yang terlalu panas.
  2. Gunakan sabun formulasi khas untuk kulit sensitif dan sabun yang tidak mengandungi wangian.
  3. Gunakan essential oil untuk menggantikan minyak wangi.
  4. Gunakan sabun pencuci pakaian yang lembut dan tidak mengandungi wangian.
  5. Keringkan kulit anda dengan hanya menekap tuala kepada badan untuk mengurangkan geseran tuala pada kulit.
  6. Menggunakan pelembap selepas mengeringkan kulit.
  7. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Sabun pelembap semulajadi Fresh Moisturizing Soap dan Nourish Lotion.


5 PUNCA ''KULIT KERING'' DAN RAWATAN

SIMPTOM-SIMPTOM KULIT KERING

Kulit kering atau lebih dikenali sebagai xerosis di dalam bahasa perubatan merupakan masalah lazim yang dialami oleh kebanyakan individu1. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan permasalahan ini adalah:

  1. Kulit terasa tegang (terutamanya selepas mandi dan berenang)
  2. Kulit kelihatan kasar
  3. Gatal-gatal
  4. Kulit mengelupas dan merekah
  5. Kulit berwarna seakan kekelabuan
  6. Kemerahan

PUNCA KULIT KERING

  1. CUACA SEJUK. Jika anda tinggal di negara yang mempunyai empat musim, keadaan kulit akan menjadi lebih kering terutamanya pada musim sejuk. Ini berikutan penurunan suhu persekitaran dan kadar kelembapan rendah yang mempengaruhi keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan badan.
  2. MANDI AIR PANAS. Sifat air panas yang berupaya untuk menarik keluar lembapan dan minyak daripada permukaan kulit
  3. BAHAN KIMIA DALAM SABUN DAN PENCUCI. Kebanyakan gel mandian, syampu, sabun pencuci baju dan sabun buku dihasilkan khas untuk membuang minyak pada permukaan kulit.
  4. DERMATITIS. Masalah keradangan kulit (dermatitis) juga boleh menyebabkan kulit anda kering. Antara masalah keradangan kulit yang sering terjadi adalah: Allergy, Seborea, Ekzema, Iritasi.
  5. PENUAAN. Dengan bertambahnya usia kulit mudah kering, kerana berkurangnya penghasilan sebum pada kulit.


RAWATAN

Guna Pelembap pada kulit. Pelembap boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan kegatalan. Pelembap dapat memastikan kulit kekal terhidrat serta berperanan mengunci lembapan pada kulit supaya ia kekal tahan lebih lama.

Guna Sabun atau Pencuci yang mild,  pH sekitar 5.5-9 dan bebas pewangi.

Kami mencadangkan anda menggunakan Serum Collagen Najlaa sebagai pelembap, kerana ia mempunyai gel aloe vera yang bagus untuk kulit, serta collagen yang dapat menganjalkan kulit, serta sabun Fresh Moisturizing Soap atau Multi Wash sebagai cucian badan. Ada pengguna yang menggunakan minyak Nutrien Oil sebagai pelembap, ia pilihan yang baik.



BAGAIMANA DAPATKAN "KULIT MUKA CERAH DAN BERSIH" ?

Kulit yang sihat dan berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Dan tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit idaman! Apa yang paling penting adalah anda perlu memahami pengetahuan umum tentang penjagaan kulit muka. Penggunaan produk Penjagaan semulajadi adalah lebih baik. Kami mempunyai rangkaian Set Cantik Najlaa Baby Skincare:

1) HERBAL CREAM 

Untuk mengurangkan masalah "Flare" ruam-ruam bertompok merah dikulit, jerawat Cream ini di perbuat drp ekstrak herba-herba perubatan, shea butter dan Zinc Oxide. Boleh digunakan sebagai cream harian kulit atau krim malam.

2) SERUM NAJLAA

Kulit sensitif / eczema/ allergy perlu lembap sentiasa supaya tidak kering bersisik, kemudian gatal2, tak sedar menggaru garu pula...kadang2 sampai berdarah... Eczema jadi teruk.

So utk penjagaan sapukan serum seperti guna losyen... sedikit sahaja dan di sapu nipis nipis.Losyen biasa byk kimia dan boleh menyebabkan allergy... tapi Serum ni daripada tumbuh- tumbuhan. So selamat... boleh guna sebagai krim harian muka juga.

3) FRESH MOISTURIZING SOAP / MULTI  WASH

Sabun Hypoallergenic, guna masa mandi dan untuk basuh muka. Sabun ni diperbuat drp Glycerine, Virgin coconut oil, olive oil, herbs extract, Vit A, Vit E.

Fresh soap mengandungi Oats manakala Multi Wash mengandungi susu beras. Kedua dua bahan ini penting untuk kecantikkan. Oat menyerap lebihan minyak, manakala Susu beras mencerahkan kulit.


KATA PELANGGAN

Terima kasih kepada para pengguna dan diatas respon yang baik mengatakan Sooth (Herbal) Cream, Serum Collagen dan Fresh Moisturizing Soap memnbuatkan wajah mereka lebih Bersih, Cerah dan Hilang gatal-gatal dan resdung.




"KUTIL" PENYEBAB DAN 7 CARA MERAWAT

APAKAH KUTIL ?

Kutil adalah penyakit kulit menular dikenal sebagai lebihan kulit yang timbul disebabkan virus. Kutil adalah sejenis Tumor tidak berbahaya. Penyebab utama terjadinya kutil adalah berpunca daripada human papillomavirus (HPV). Virus ini menginfeksi lapisan atas kulit dan bertumbuh dengan cepat.

Kutil biasanya tidak menyebabkan rasa sakit tetapi membuatkan orang merasa rendah diri.

RAWATAN KUTIL

Mengikut American Association of Dermatology, berikut beberapa pilihan perubatan:

  1. Cantharidin. Ubat sapu untuk menggugurkan Kutil. 
  2. Chemical peel. Ubat kimia yang mengandungi asam salisilat atau asam glikolat untuk mengikis kulit bagi membuang kutil.
  3. Cryotherapy. Pembekuan kutil menggunakan cecair nitrogen dan dibuang.
  4. Bedah kecil. Dokter akan membedah kulit untuk memotong kutil.
  5. Laser. Laser akan membakar pembuluh darah kecil pada jaringan yang terinfeksi untuk menghancurkan kutil.
  6. Imunoterapi. Perawatan dengan menguatkan sistem kekebalan imun tubuh pesakit sendiri untuk melawan virus. 
  7. SOOTH (HERBAL) CREAM.  menggunakan Cream sapu oleh Najlaa Baby Skincare. Berikut adalah testimoni dari Pengguna.



7 PUNCA "LEBAM'' DAN CARA MERAWATNYA

MENGAPA LEBAM TERJADI ?

Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan traumatik. Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan seperti apa yang dilihat sebagai tanda yang berwarna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya.

SIMPTOMS LEBAM

Awalnya, punca lebam yang masih baru berwarna kemerahan. Kemudian ia akan bertukar kepada biru atau ungu gelap dalam tempoh beberapa jam, kemudian ia akan menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila semakin sembuh. Kawasan Lebam terasa Lembut.

PUNCA LEBAM

  1. Punca lebam boleh terjadi pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat. Lebam ini adalah disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.
  2. Punca lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.
  3. Selalunya, apa yang dianggap sebagai lebam yang tidak dapat dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.
  4. Lebam tanpa sebab pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.
  5. Lebam merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.
  6. Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.
  7. Lebam mudah terjadi kepada individu kekurangan vitamin C dan Zat Besi

MERAWAT LEBAM

  1. Teknik penggunaan pek ais atau haba panas dan ubat farmasi, klinik atau hospital boleh menghilangkan kesakitan dengan cara mengurangkan pendarahan yang menyebabkan lebam.
  2. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Sooth Herbal Cream untuk menhilangkan Lebam dan yang menggembirakan, ianya berkesan. 



BAGAIMANA HENTIKAN "LUKA'' DAN PROSES SEMBUH

APAKAH LUKA ?

Luka ditakrifkan sebagai kekoyakan pada tisu kulit atau ‘a breach in skin integrity’. Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

  1. Luka akibat pembedahan (incised wound)
  2. Luka dengan kehilangan tisu kulit

BAGAIMANA PROSES PENYEMBUHAN LUKA

Tahap Proses Penyembuhan Luka. Saat terluka, ada beberapa tahap dalam proses penyembuhan luka, di antaranya:

1. Tahap hemostasis (pembekuan darah)
Tahap pertama dalam proses penyembuhan luka adalah tahap pembekuan darah untuk mengelakkan kehilangan darah. Darah biasanya akan keluar saat kulit tersayat, tergores, atau tertusuk.

2. Tahap inflamasi (peradangan)
Setelah perdarahan berhenti, pembuluh darah akan melebar untuk mengalirkan darah segar ke area tubuh yang terluka. Darah segar diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka. Inilah sebab mengapa area luka menjadi hangat, bengkak, berair, dan kemerahan. Sel darah putih akan menghancurkan kuman di area luka, untuk mencegah kuman. Sel kulit baru akan tumbuh.

3. Tahap proliferatif (pembentukan jaringan baru)
Selama prosesnya, produksi kolagen di area luka akan meningkat. Kolagen merupakan serat protein yang memberikan kekuatan dan tekstur elastis pada kulit.Kolagen membentuk jaringan kulit baru.

4. Tahap pematangan atau penguatan 
Tahap terakhir merupakan tahap penguatan. Pada tahap ini, luka sudah tertutup tapi proses penyembuhan masih berlanjut. Di dalamnya terjadi penguatan kulit baru sehingga sering kali luka terasa gatal, meregang, atau mengkerut.

MASALAH PARUT LUKA

Terdapat 2 masalah yang boleh berlaku iaitu:
  1. Hypertrophic scar
  2. Keloid
Hypertrophic scar ialah keadaan di mana parut luka menjadi lebar dan timbul. Ia tidak merebak melebihi pinggiran luka asal. Bagi keadaan ini, ia boleh reda dan sembuh sendiri dalam tempoh 18 bulan. Keadaan yang lebih teruk ialah sekiranya keloid terbentuk. Keloid ialah tisu parut berlebihan yang tumbuh melebihi pinggiranluka asal. Proses ini berlanjutan dan tidak berhenti. Ia disebabkan oleh penghasilan sel fibroblast dan kolagen berlebihan.

BAGAIMANA MENGHENTIKAN LUKA

Berikut langkah pertolongan pertama pada luka dan pendarahan:
  1. Bersihkan Tangan. Pastikan tangan dalam keadaan bersih dengan mencuci tangan dengan sabun dan air atau gunakan hand sanitizer guna mencegah infeksi.
  2. Hentikan Pendarahan. Tekan area berdarah dengan kain bersih atau kasa steril selama beberapa menit. Jika kain pertama basah oleh darah, tambahkan kain lain tanpa mengangkat kain yang sudah ada.
  3. Bersihkan Luka. Setelah pendarahan berhenti, bersihkan luka dengan air mengalir. Hindari pemakaian alkohol atau hidrogen peroksida karena dapat merusak jaringan.
  4. Tutupi Luka. Setelah darah berhenti dan luka bersih, tutup luka dengan plaster atau kain kasa, namun tidak terlalu ketat agar peredaran darah tidak terganggu.
  5. Elevasi. Bila memungkinkan, angkat bagian tubuh yang terluka lebih tinggi dari posisi jantung untuk membantu mengurangkan pendarahan dan pembengkakan.
  6. Cari Bantuan Doktor. Jika pendarahan tidak berhenti lebih dari 10-15 minit.
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan 1-Sooth (Herbal) Cream untuk menghentikan luka, juga 2-Herbal Oil bagi menenangkan sakit dan membantu kesembuhan, untuk merawat parut luka mereka menggunakan 3-Serum Collagen. Serum Collagen amat penting bagi menghidari parut yang hodoh.



5 CARA MENCEGAH GIGITAN ''NYAMUK''

APA YANG TERJADI APABILA DIGIGIT NYAMUK ?

Ketika nyamuk menusuk dan menghisap darah manusia, nyamuk akan mengeluarkan air liur untuk menjaga darah agar tidak cepat menggumpal dan lebih mudah dihisap. 

Air liur nyamuk mengandungI enzim dan protein asing sehingga dianggap sebagai alergen atau penyebab alergi oleh tubuh. Oleh itu tubuh menghasilkan histamin untuk menentang alergen. Kadar histamin yang tinggi menyebabkan peningkatan aliran darah dan sel putih pada area gigitan nyamuk, menyebabkan peradangan, pembengkakan, kemerahan dan rasa gatal.

BAGAIMANA MENCEGAH GIGITAN NYAMUK ?

  1. Guna ubat nyamuk, sembur racun serangga dikawasan banyak nyamuk
  2. Pakai baju yang berwarna terang. kerana nyamuk suka baju berwarna gelap
  3. Buang air bertakung disekeliling rumah, untuk mengelak pembiakkan nyamuk
  4. Jangan keluar pada waktu senja dan subuh, kerana banyak nyamuk
  5. Guna Nourish Lotion Najlaa diseluruh kulit yang terdedah kepada gigitan nyamuk untuk mencegah. Berikut adalah pendapat para pengguna tentang keberkesanan produk ini.



BAGAIMANA MEMUDARKAN PARUT ?

APAKAH PARUT ?

Parut ialah hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang berlaku selepas kecederaan  disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan. Parut berpunca daripada proses biologi, pembaikan luka pada kulit, serta organ dan tisu badan yang lain. Oleh itu, parut adalah bahagian semula jadi dari proses penyembuhan.

JENIS-JENIS PARUT

Parut hipertrofik

Parut hipertrofik atau hipertrofi berlaku apabila tubuh menghasilkan kolagen yang berlebihan,yang menyebabkan parut naik di atas kulit dan persekitarannya. Parut hipertrofik berbentuk seperti bahagian bengkak berwarna merah yang timbul pada kulit dan tebal.Biasanya berlaku dalam 4 hingga 8 minggu setelah jangkitan luka.

Parut keloid

Parut keloid adalah bentuk parut berlebihan yang lebih serius, kerana ia boleh tumbuh tanpa batasan menjadi neoplasma yang besar.Ianya berbeza dengan parut normal dan parut hipertrofik, keloid berlaku apabila saiz parut yang menebal menjadi semakin besar hingga melepasi kawasan yang luka. Juga, saiznya boleh bertambah jika tidak dirawat dengan segera.Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku pembedahan, kecederaan kulit seperti tindik, tatu, jerawat dan luka akibat terbakar atau terkena objek tajam seperti pisau dan suntikan.

RAWATAN PARUT

Untuk memudarkan parut kami mencadangkan anda untuk menggunakan set rangkaian Najlaa Baby Skincare. Pertama ia direka khas dengan kandungan vitamin E dan campuran herba-herba perubatan untuk membantu kulit tumbuh sihat. Pelanggan kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Serum Collagen dan Fresh Moisturizing Soap untuk memudarkan parut.



Friday, 27 December 2024

GATAL-GATAL DIGIGIT PEPIJAT ? INI CARA ATASINYA

 Pepijat, ataupun nama saintifiknya Cimex lectularius merupakan sejenis binatang yang kecil, berwarna merah kehitaman yang menghisap darah manusia dan juga haiwan. Namun, tahukah anda kesan gigitan pepijat ini?

Pepijat merupakan serangga yang berbahaya. Walaupun ia tidak terbukti lagi boleh membawa penyakit, tapi gigitannya boleh menyebabkan anda tidak lena tidur. Malah, ruamnya juga menyebabkan anda rasa gatal-gatal sepanjang hari.

Pepijat ini mempunyai telur kecil yang berbentuk bujur dan berwarna hitam. Serangga kecil ini selalunya aktif pada waktu malam dan pandai menyorok dalam gelap. Pepijat sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil.

CARA MENGATASI

1. GUNAKAN SEMBURAN SERANGGA

Pastikan anda beli semburan serangga yang bersesuaian. Semburan nyamuk mungkin tidak akan berkesan terhadap pepijat. Atau dapatkan pihak kawalan serangga perosak untuk membersih rumah anda keseluruhan.

2. KULIT BERLAPIK

Pepijat selalunya tidak boleh menggigit kulit yang berlapik. Jika anda sering gatal-gatal, cuba pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur. Kalau pepijat selalu gigit tapak kaki anda, pakai stoking!

Salah satu cara berkesan yang digunakan oleh pelanggan kami untuk mengatasi masalah gigitan pepijat adalah dengan melapik kulit dengan Nourish Lotion Najlaa. Lotion ini direka khas dengan mineral untuk penjagaan kulit.


9 TIPS PENJAGAAN POTONG KAKI (AMPUTASI)

 

SEBAB AMPUTASI

Ada tiga situasi yang menyebabkan pesakit terpaksa diamputasi (potong kaki)

  1. Pertama, kematian tisu kaki sama ada disebabkan berlaku kekurangan aliran darah atau jangkitan bakteria yang serius.
  2. Kedua, jangkitan kuman teruk yang sudah merebak ke bahagian atas kaki hingga boleh membahayakan nyawa pesakit.
  3. Ketiga, kaki pesakit rosak kerana saluran darah hancur akibat kemalangan menyebabkan bekalan darah terputus dan anggota itu tidak dapat diselamatkan.

RISIKO AMPUTASI

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin pakar Ortopedik, penjagaan luka perlu dilakukan dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman. "Ada pesakit datang menemui saya kerana menghadapi masalah ini (tempat pembedahan dijangkiti kuman). "Ia terjadi kerana pesakit tidak melakukan cucian luka di klinik berhampiran," katanya."Ada pesakit perlu dimasukkan semula ke wad kerana jahitan luka terbuka dan bernanah," katanya.

PENJAGAAN AMPUTASI

  1. Pesakit perlu mengamalkan penjagaan yang betul (cuci luka di klinik), luka lebih cepat kering dan seterusnya jahitan boleh dibuka dalam tempoh di antara 10 hingga 14 hari.
  2. Pesakit perlu membuat fisioterapi secara berkala di rumah, bagi menguatkan otot  dan sendi.
  3. Menyediakan kerusi roda kerana kemudahan ini amat diperlukan untuk memudahkan pesakit bergerak terutamanya ke tandas. Sepanjang pesakit berada di rumah, perlu pastikan tiada objek di atas lantai kerana ia boleh mengganggu pergerakan kerusi roda.
  4. Katil yang menempatkan pesakit pula perlu dirapatkan ke dinding. Ini untuk mengelakkan pesakit terjatuh daripada katil ketika bangun pagi kerana terlupa yang dirinya sudah tiada kaki.
  5. Potong kuku jari anda terus lurus, dan cuba untuk tidak memotongnya terlalu pendek.
  6. Jangan berkaki ayam di dalam atau di luar rumah.
  7. Kelembapan antara jari kaki boleh menyebabkan jangkitan, jadi cubalah letak bedak di antara jari kaki anda untuk memastikan kulit kering.
  8. Sapukan lapisan Essence Rub (Balm Najlaa) untuk membantu mencegah keretakan kulit.
  9. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Sooth(Herbal) Cream untuk menyembuhkan luka amputasi disamping penggunaan Herbal Oil, bagi mengurangkan rasa sakit.

3 JENIS HERNIA (PUSAT TIMBUL) DAN RAWATAN

JENIS-JENIS HERNIA

Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.

  1. UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
  2. INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
  3. STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu. 

RISIKO HERNIA

  1. Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
  2. Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan

SIMPTOM HERNIA

Apabila anak mengalami angin pasang:
  1. Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
  2. Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.

RAWATAN

Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.

Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus: 
  1. Menyakitkan
  2. Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
  3. Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
  4. Menyekat usus 
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
  1. Demam
  2. Kemerahan, bengkak atau sakit
  3. Benjolan dekat pusat
  4. Darah atau cecair berbau berhampiran luka
  5. Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.




6 RAWATAN ATASI RAMBUT GUGUR (RAMBUT LEBAT)

PERTUMBUHAN RAMBUT

Umumnya, rambut manusia akan tumbuh sebanyak 1 cm setiap bulan dengan jangka hayat lebih kurang 5 tahun.Terdapat tiga fasa pertumbuhan rambut yang perlu anda tahu. Berikut adalah kitarannya:

  1. Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2-6 tahun.
  2. Fasa segenerasi separa (Categen) berakhir sehingga 10-14 hari.
  3. Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2-3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

GEJALA RAMBUT GUGUR

Bagaimana mengenal masalah Keguguran rambut. Berikut adalah Simptoms: 

  1. Kehilangan Rambut yang Signifikan Setiap Hari: Jika anda menemukan bahawa jumlah rambut yang gugur secara signifikan meningkat, misalnya, lebih dari 100 hingga 150 helai rambut setiap hari, ini boleh menjadi tanda keguguran yang lebih serius.
  2. Kecil dan Halusnya Rambut yang Tumbuh Kembali: Rambut yang tumbuh kembali setelah gugur nampak lebih nipis, lebih kecil, atau lebih halus daripada sebelumnya.
  3. Rambut Gugur Secara Bertahap atau Patchy: Keguguran rambut boleh terjadi secara bertahap di seluruh kepala atau terjadi dalam pola-pola tertentu, seperti bahagian berbulu atau patchy.
  4. Perubahan pada Kulit Kepala: Penyakit kulit kepala, peradangan, kemerahan, atau kelemumur yang teruk dapat menjadi tanda punca rambut gugur.
  5. Perubahan pada Kitaran Pertumbuhan Rambut: Jika ada perubahan drastik dalam kitaran pertumbuhan rambut, seperti peningkatan fasa istirehat (telogen) yang mengakibatkan lebih banyak rambut gugur daripada biasa, ini boleh menjadi gejala keguguran rambut.
  6. Kerosakan Rambut yang Menyeluruh: Rambut yang rapuh, kering, dan mudah patah juga dapat menjadi tanda masalah keguguran atau kerosakkan rambut.

PUNCA RAMBUT GUGUR:

  1. Alopecia androgenik. merujuk kepada keguguran rambut keturunan 50% populasi rambut gugur
  2. Alopecia areata ialah keadaan autoimun yang menyebabkan sistem imun anda menyerang folikel rambut, mengakibatkan tompok botak yang boleh berjulat dari kecil hingga besar.
  3. Anagen effluvium melibatkan keguguran rambut yang cepat. Ini biasanya berlaku kerana rawatan radiasi atau kemoterapi.
  4. Telogen effluvium ialah sejenis keguguran rambut secara tiba-tiba yang disebabkan oleh kejutan emosi atau fizikal, seperti peristiwa traumatik, tempoh tekanan yang melampau atau penyakit serius.
  5. Tinea capitis, juga dipanggil kurap kulit kepala, adalah jangkitan kulat yang boleh menjejaskan kulit kepala dan batang rambut. Ia menyebabkan tompokan botak kecil yang bersisik dan gatal.
  6. Alopecia daya tarikan berpunca daripada terlalu banyak tekanan dan ketegangan pada rambut, selalunya daripada memakainya dalam gaya ketat, seperti tocang, ekor kuda atau sanggul.
  7. Psoriasis kulit kepala juga boleh menjadi punca rambut gugur.
  8. Produk Penjagaan Rambut yang tidak sesuai.

RAWATAN RAMBUT GUGUR

  1. Ubat. yang popular diberikan adalah seperti : Antiandrogen Kortikosteroid Minoxidil Dutasteride Finasteride Spironolactone
  2. Terapi Laser. Terapi ini memberi manfaat dengan menyerap sinaran foton ke jaringan kulit kepala bagi merangsang folikel untuk menumbuhkan dan memanjangkan rambut.
  3. Tanam Rambut. Terdapat dua jenis rawatan tanam rambut iaitu menanam rambut asli yang dicabut dari tempat lain atau menanam rambut sintetik yang dicipta dari bahan laiin.
  4. Pengambilan Diet yang seimbang. Kekurangan nutrisi sering dikaitkan dengan rambut gugur dan rambut jarang
  5. Urutan Kulit Kepala. Urutan pada kulit kepala boleh mengelakkan rambut gugur? Ya, memang tepat! Salah satu sebab rambut gugur adalah kerana arteri di kulit kepala tidak mampu menyalurkan darah ke folikel rambut.
  6. Nutrien Oil. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nutrien Oil untuk meransang pertumbuhan rambut, terutamanya untuk menggalakkan rambut tumbuh lebat dikalangan bayi.



Sumber:

  1. Hair Loss: Who Gets and Causes. American Academy of Dermatology Association
  2. Causes and Treatments For Hair Loss. Medical News Today
  3. Everything You Need to Know About Hair Loss. Healthline

PUNCA ''RAMBUT KASAR" DAN 4 RAWATAN

 Penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak. Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya.

PUNCA RAMBUT KASAR

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan rambut anda bermasalah. Antaranya:

  1. Pendedahan secara berlebihan kepada cahaya matahari
  2. Kekurangan kelembapan pada rambut
  3. Membasuh rambut secara berlebihan dan menggunakan air sangat panas
  4. Penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian (tinggi alkali dan sulfat)
  5. Penggayaan rambut yang berlebihan
  6. Terdedah kepada haba dari alat pemanas rambut
  7. Diet pemakanan tidak seimbang, kurang nutrisi
  8. Menggunakan produk perawatan rambut yag mengandung alkohol
  9. Kerap menyikat rambut, ketika rambut basah jangan sikat, cukuplah merapi hanya dengan jari.

RAWATAN RAMBUT KASAR

  1. PRODUK. Cari, pilih dan gunakan produk bersesuaian dengan jenis rambut anda. Anda boleh memilih produk rambut yang tidak mengandungi bahan seperti alkohol.
  2. POTONG. Jika rambut anda terlalu kering, rapuh, bercabang atau dalam erti kata mudah, bermasalah, anda boleh memilih untuk mendapatkan potongan rambut.
  3. JANGAN CUCI RAMBUT SETIAP HARI. Elakkan dari membasuh, mencuci atau menyampu rambut setiap hari.Walaupun membasuh dapat membuang kotoran dan peluh dari rambut, tetapi dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum – minyak semula jadi untuk menjaga rambut anda semulajadi.
  4. MINYAK. Gunakan minyak Nutrien Oil untuk menjaga kelembapan dan bagi merapikan rambut. Disamping itu kandungan minyaknya menggalakkan pertumbuhan rambut lebat dan lembut mengikut kata pelanggan kami.




5 CARA MERAWAT ''RESDUNG", TERAKHIR PALING BERKESAN !

RESDUNG / SINUSITIS

Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis atau rinosinusitis, adalah keradangan pada membran mukus yang melapisi sinus dan mengakibatkan gejala seperti lendir hidung berlebihan, hidung tersumbat, dan sakit muka.Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.

Komplikasi yang serius jarang berlaku.Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resdung ("sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau Jangkitan bakteria. Jenis kuman yang menjadi punca Penyakit ini Streptococcus, Staphylococcus.

SIMPTOM RESDUNG

  1. Hidung selalu tersumbat
  2. Lendir dari hidung dan tekak
  3. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  6. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

RAWATAN RESDUNG

  1. Bernafas dalam wap panas dari semangkuk air (boleh tambahkan sedikit menthol atau minyak angin)
  2. Makan ubat penahan sakit
  3. Makan ubat selsema untuk mengurangkan bengkak dalam hidung
  4. Dapatkan antibiotik sekiranya punca utama adalah disebabkan oleh bakteria
  5. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub (Balm Najlaa) untuk mengurangkan gejala Resdung. Berikut adalah kisah mereka.




Sumber:

Sinus Infection (Sinusitis): What It Is, Symptoms, and More. Healthline
Steps to Fight Sinus Problems. WebMD
Radang Sinus (Resdung). My Health

Thursday, 19 December 2024

5 PUNCA RUAM LAMPIN, DAN 6 CARA PENCEGAHAN

RUAM LAMPIN

Ruam lampin ialah masalah yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak petatih yang memakai lampin, dan paling kerap bagi bayi bawah umur 12 bulan. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung.

PELBAGAI PUNCA

Sebelum membincangkan cara mengurus ruam lampin, anda juga perlu fahami puncanya. Punca berbeza mungkin memerlukan rawatan berbeza.

  1. Kerengsaan: Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam.
  2. Pertumbuhan Candida: Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada.
  3. Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat.
  4. Alahan: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain.
  5. Faktor lain: Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin.

URUS DAN CEGAH RUAM LAMPIN

Selain daripada ubatan atau rawatan yang diberikan oleh pakar pediatrik kepada bayi, penjagaan lampin yang baik juga adalah penting.

  1. Pilih lampin yang sesuai. Saiz yang betul dan mengikut berat badan bayi akan menentukan padanan yang baik. Penyerapan yang berkesan serta bahan yang lut udara dan lembut adalah beberapa faktor penting dalam memilih lampin untuk kulit sensitif bayi anda. Lampin bebas wangian juga mengurangkan potensi tercetusnya kerengsaan.
  2. Kerap tukar lampin. Kebasahan daripada air kencing dan najis menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan kulit jika dibiarkan terlalu lama. Yis dan bakteria suka tempat yang basah dan hangat. Pastikan anda segera menukar lampin basah, kotor atau penuh.
  3. Bersihkan kulit dengan cermat. Bilas punggung bayi dengan air suam semasa menukar lampin. Anda juga boleh menggunakan tisu basah bebas alkohol/wangian atau pencuci bukan sabun untuk membersihkannya. Lap kulitnya dengan lembut menggunakan tuala atau biarkannya kering sendiri, tetapi jangan gosok dengan kasar.
  4. Biarkan terdedah. Biarkan sebentar kulit bayi kering dan bernafas secara semula jadi kerana ini juga membantu proses penyembuhan sebelum memakaikannya lampin baharu.
  5. Jangan terlalu ketatkan lampin. Ia akan bergeser pada kulit, menghalang aliran udara dan memerangkap kelembapan, lalu mendatangkan keadaan yang sesuai untuk ruam. Ini penting terutamanya jika lampin akan dipakai semalaman.
  6. Gunakan Sooth (Herbal) Cream Najlaa. Krim ini bertindak sebagai pelindung untuk kulit terhadap air kencing dan najis. Sooth (Herbal) Cream mengandungi zink oksida bagus untuk tujuan ini. Adalah baik Add on Nourish Lotion.



5 PUNCA ''LEHER BAYI MERAH'' DAN CARA RAWATAN

Kulit bayi memang sangat sensitif dan lebih mudah terkena iritasi. Ruam pada leher bayi sering menyebabkan rasa tidak selesa dan bayi menangis. Apa sebabnya ?: 

PUNCA LEHER BAYI MERAH

1. IRITASI KULIT

Bayi yang gemuk dengan lipatan di lengan dan leher menyebabkan kawasan berlipat lembap, dan berbau. Lipatan tersebut bergeser apabila bayi menggerakkan badan menyebabkan kemerahan, iritasi kulit dan ruam.

2. JANGKITAN KUMAN

Peluh serta lembapan dilipatan leher boleh mengakibatkan jangkitan kuman, leher menjadi merah, gatal, melecet semakin digaru semakin teruk.

3. RUAM PANAS

Miliria atau Heat Rash terjadi ketika kelenjar keringat tersumbat dan menyebabkan ruam kulit berwarna merah pada permukaan kulit.

5. EKZEMA

Tanda kemerahan di lipatan leher mungkin disebabkan penyakit ekzema, yang mempunyai simptoms seperti ruam merah, bersisek, kering hingga mengelupas. Penting untuk mengenal pasti punca berlakunya ekzema kepada bayi seperti penggunaan produk penjagaan kulit, allergi makanan dan sebagainya.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN 

1. Gunakan Sooth (Herbal) Cream

Sooth Herbal Cream mengandungi zinc oxide untuk meredakan kemerahan serta melindungi kulit bayi dari iritasi atau ruam pada leher bayi. Oleskan cream ini pada area kulit lainnya yang mengalami kemerahan.

2. Lap dengan air dingin.

Jika leher merah sampai melecet, lap bayi dengan air dingin dikawasan kemerahan bagi membantu pori-pori terbuka dan membersihkan keringat yang terumbat.

3. Pakai baju nipis saat leher bayi merah dan melecet

Pilih pakaian bayi yang nipis dan longgar agar tidak membuatkan kulit bayi tidak selesa serta kain kapas, menyerap peluh dan pengudaraan lebih baik. 

4. Jaga kebersihan area leher bayi yang merah 

Mandikan bayi secara teratur dan bersihkan kawasan merah dileher bayi dengan lembut bagi mengelakkan kulit terluka dan ruam bertambah teruk. 


5 PUNCA RUAM MUKA BAYI, DAN 5 PETUA HILANGKANNYA

PUNCA RUAM MUKA BAYI

RUAM pada muka bayi boleh menunjukkan keadaan yang lebih serius. Ruam biasanya kerap berlaku pada bayi, khususnya ketika dalam tempoh berpantang kerana keadaan persekitaran yang panas dan lembap.Ia selalunya berlaku pada bahagian kulit tertentu si manja seperti di bahagian pipi, dagu, leher dan kawasan pelipat lain.

  1. Masalah Ekzema, merujuk kepada keadaan kulit yang menjadi, gatal-gatal dan meradang.
  2. Masalah Ruam, kulit merah dan keradangan, kulit kepala berminyak, tompok bersisik, kerak putih atau kuning
  3. Masalah Newborn acne / Jerawat pada bayi. Bayi yang baru lahir, menyebabkan jerawat kecil dan merah berkembang, biasanya sekitar 2-6 minggu.
  4. Ruam akibat cuaca panas pula muncul apabila peluh terperangkap di bawah kulit.
  5. Sisa susu ibu pada pipi, tambahan lagi apabila si manja kerap menyusu badan.

CARA MENHILANGKAN RUAM MUKA

  1. Untuk menghilangkan ruam, ada beberapa petua yang boleh diamalkan antaranya menyapu air suam pada kulit bayi dan lapkan dengan kain lembut setiap kali selesai menyusu.
  2. Selain itu, tepung ubi juga boleh digunakan sebagai bedak sejuk untuk menghilangkan ruam pada bayi. Caranya mudah iaitu tambahkan sedikit air dan sapu seperti bedak sejuk.
  3. Dalam pada itu, minyak kelapa dara dan minyak zaitun juga mempunyai khasiat untuk merawat ruam pada bayi.
  4. Selain itu, lendir lidah buaya juga bermanfaat untuk mengurangkan ruam pada kulit bayi, caranya mudah iaitu hanya sapukan dan biarkan kering.
  5. Sooth Herbal Cream NajlaaNourish Lotion dan Serum Collagen Najlaa, 3 rangkaian produk penjagaan bayi yang boleh membantu mengurangkan masalah ruam. 



Wednesday, 18 December 2024

7 PUNCA SAKIT GIGI, DAN CARA RAWATANNYA

 Sakit gigi adalah sakit yang anda rasakan sekitar gigi, gusi atau rahang. Selalunya, rasa gigi berdenyut tapi tak berlubang adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gigi atau gusi anda. Kadangkala, sakit gigi anda boleh disebabkan oleh masalah lain dalam badan.

SIMPTOMS SAKIT GIGI

Anda mungkin merasakan sakit seperti:

  1. Sakit berdenyut atau bengkak di dalam atau di sekitar gigi atau gusi anda
  2. Sakit berasa tajam semasa anda menyentuh gigi atau menggigit sesuatu
  3. Gigi menjadi lebih sensitif apabila mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas
  4. Rasa sakit seperti terbakar atau kejutan elektrik, namun jarang berlaku
  5. Demam dalam sesetengah kes

PUNCA SAKIT GIGI

Punca sakit gigi yang paling utama adalah disebabkan kerosakan gigi iaitu karies gigi. Selain itu, punca lain boleh termasuk bahagian gusi dan rahang seperti :
  1. Penyakit keradangan gusi
  2. Gigi sensitif
  3. Gigi retak
  4. Gigi tersepit, terutama sekali gigi bongsu yang tumbuh senget
  5. Abses gigi
  6. Sakit sendi rahang
  7. Selain itu, punca lain boleh disebabkan penyakit dari bahagian badan lain seperti : 
    1. 1) Resdung atau sinus tersumbat, 
    2. 2) Penyakit jantung atau kanser paru-paru (sakit gigi antara tanda sakit jantung) , 
    3. 3) Neuralgia trigeminal (tekanan saraf).

PENJAGAAN SAKIT GIGI


Sehingga rundingan anda dengan doktor gigi, cubalah beberapa petua seperti berikut :
  1. Kumur mulut menggunakan air suam, bergaram lebih baik.
  2. Berus gigi setiap hari, sekurang-kurangnya setelah bangun tidur dan sebelum tidur
  3. Kurangkan makanan bergula, untuk menjaga enamel gigi
  4. Gunakan flos gigi untuk membuang sisa makanan atau plak yang tersepit di antara gigi anda.
  5. Jika sakit gigi anda semakin teruk, pertimbangkan untuk mengambil ubat tahan sakit dari farmasi.
  6. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil untuk menhilangkan sakit gigi. Simpan satu dirumah untuk kecemasan.

7 CARA MENGATASI SENGAL-SENGAL BADAN

 Sengal-sengal badan sering dialami oleh orang yang berlebihan berat badan, bekerja duduk sepanjang hari dan seiring peningkatan usia. Jom kenali apakah punca sengal-sengal badan dan bagaimana untuk mengatasinya:

PUNCA SENGAL-SENGAL BADAN 

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  1. keletihan yang terlalu berat
  2. kekurangan gula / air dalam darah
  3. faktor psikologi (i.e. stres, depresi, dll)
  4. gangguan muskoloskeletal
  5. gangguan endokrin / metabolik
  6. gangguan psikiatri
  7. penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus

CARA MENHILANGKAN SENGAL-SENGAL BADAN

Kami nasihatkan anda untuk:

  1. mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
  2. jangan meninggalkan waktu makan ( skip meals )
  3. jauhi faktor-faktor yang boleh menyebabkan stres atau tekanan
  4. meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
  5. mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
  6. memastikan diri berada pada posisi yang betul apabila berkerja, duduk, baring & tidur
  7. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan Herbal Oil Najlaa. Mengurut dapat melancarkan kembali perjalanan darah dan mengeluarkan angin dalam badan dengan lebih efektif. Jom baca apa kata pengguna kami.


Credit to : Dr Nur Syuhada 

PUNCA DAN 4 CARA MEMBUANG STRETCH MARK

 STRETCH MARK adalah parut regangan yang berwarna perang seakan-akan ‘berkedut’ dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan ‘merekah’,  biasanya berlaku dianggota badan yang banyak lemak. Parut regangan mulanya berwarna merah, merah muda, atau ungu ini lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu.

PUNCA STRETCH MARK

Tidak semua orang mengalami stretch mark. Ia biasanya berlaku kepada orang yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen, iaitu protein yang membuat kulit lentur. Stretch mark umumnya muncul karena ukuran tubuh bertambah lebih cepat daripada perkembangan dan elastisitas kulit.

Ketika kulit meregang dengan cepat, lapisan tengah kulit (dermis) akan menipis, sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Bila demikian, akan muncul garis atau guratan kemerahan, kadang disertai rasa gatal. Lama-kelamaan garis ini akan berubah menjadi warna putih atau kelabu. Kondisi inilah yang disebut stretch mark.

Berikut adalah beberapa keadaan yang bolehmeningkatkan risiko seseorang mengalami stretch mark:

  1. Kehamilan
  2. Peningkatan berat badan yang banyak
  3. Warna kulit terang
  4. Adanya riwayat sejarah keluarga dengan stretch mark
  5. Gangguan kesihatan tertentu, seperti sindrom Marfan atau sindrom Cushing
  6. Penggunaan ubat-ubatan kortikosteroid, seperti hidrokortison atau fluocinolone, yang tidak tepat

CARA MENCEGAH STRETCH MARK

Stretch mark merupakan kondisi umum yang tidak selalu dapat dicegah. Meski demikian, ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk meminimalkan risiko munculnya stretch mark, di antaranya:

1. Menjaga Berat Badan Sihat

Stretch mark paling sering disebabkan oleh pertambahan berat badan secara cepat.  Jika ingin menurunkan berat badan, lakukan juga secara bertahap. Usahakan agar berat badan tidak berkurang lebih dari ½  kilogram per minggu. Bagi wanita hamil, penambahan berat badan juga sebaiknya dijaga, sehingga risiko mengalami stretch mark bisa menurun. Kenaikan berat badan pada wanita hamil sebenarnya bervariasi, tetapi umumnya berkisar antara 10–12.5 kilogram.

Namun ingat, wanita hamil tidak disarankan untuk melakukan diet atau menurunkan berat badan. Cukup jaga pemakanan yang sihat dan bergizi seimbang, sehingga berat badan tidak melonjak drastis saat hamil. Selain itu, bahan-bahan alami, seperti minyak zaitun dan lidah buaya, juga mungkin bisa membantuk memudarkan stretch mark pada ibu hamil.

2. Menerapkan pola makan Sihat

Makanan sehat dan segar juga dapat menjaga kulit tetap sehat, sehingga kemunculan stretch mark dapat dihindari. Biasakan untuk mengonsumsi makanan yang kaya dengan vitamin E, vitamin C, protein, dan zinc, sehingga kolagen kulit Anda bisa bertambah.

3. Menjaga hidrasi badan

Minum cukup air juga dapat membantu menjaga kelembapan dan kelembutan kulit Anda. Kerana, kulit yang terhidrasi dengan baik memiliki risiko yang lebih kecil untuk mengalami stretch mark daripada kulit kering. Sebaiknya, kurangkan minuman berkafein, seperti kopi, karena boleh meningkatkan risiko munculnya stretch mark. 

4. Menggunakan Nourish Lotion, Serum Collagen dan Nutrien Oil Najlaa Baby Skincare. Produk ini membantu membuat kulit lembap dan kenyal serta memudarkan kesan parut pada kulit. 

Ditinjau oleh: Dr. Kevin Adrian


6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi? Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan...