Thursday, 19 December 2024

5 PUNCA RUAM LAMPIN, DAN 6 CARA PENCEGAHAN

RUAM LAMPIN

Ruam lampin ialah masalah yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak petatih yang memakai lampin, dan paling kerap bagi bayi bawah umur 12 bulan. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung.

PELBAGAI PUNCA

Sebelum membincangkan cara mengurus ruam lampin, anda juga perlu fahami puncanya. Punca berbeza mungkin memerlukan rawatan berbeza.

  1. Kerengsaan: Punca yang paling kerap. Terdedah kepada air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi, terutamanya jika menggunakan lampin yang kurang menyerap. Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa apabila bergeser pada kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan mengakibatkan ruam.
  2. Pertumbuhan Candida: Sejenis yis dipanggil Candida mungkin ada pada kulit normal tanpa sebarang gejala atau kesan negatif. Namun, jika yis tersebut tumbuh mendadak, ia boleh menyebabkan jangkitan sekunder di kawasan lampin. Pertumbuhan berlebihan biasanya berlaku di tempat yang panas, lembap dan lembut dengan pH kulit yang lebih tinggi seperti di bawah lampin basah, ketiak, leher dan lipatan dada.
  3. Jangkitan bakteria: Bakteria tertentu yang merebak daripada orang lain atau persekitaran boleh menyebabkan ruam lampin atau menjadikannya lebih teruk. Jangkitan streptokokus menyebabkan ruam merah terang di sekitar dubur, manakala jangkitan stafilokokus boleh terjadi dalam bentuk kerak kuning, nanah atau jerawat.
  4. Alahan: Bayi dengan ekzema atau alahan boleh mengalami ruam lampin selepas terdedah kepada bahan perengsa atau pencetus yang terdapat dalam produk yang digunakan atau yang disapu pada kulit bayi, contohnya, lampin, tisu basah, sabun, losen, minyak, krim, dsb. Ruam yang disebabkan oleh alahan juga boleh berlaku di anggota badan yang lain.
  5. Faktor lain: Ruam lampin lebih berkemungkinan untuk berlaku apabila bayi anda mula makan makanan pepejal atau mempunyai perubahan dalam diet. Keadaan kulit lain yang jarang berlaku seperti dermatitis seborea atau psoriasis pediatrik juga boleh muncul seperti ruam lampin.

URUS DAN CEGAH RUAM LAMPIN

Selain daripada ubatan atau rawatan yang diberikan oleh pakar pediatrik kepada bayi, penjagaan lampin yang baik juga adalah penting.

  1. Pilih lampin yang sesuai. Saiz yang betul dan mengikut berat badan bayi akan menentukan padanan yang baik. Penyerapan yang berkesan serta bahan yang lut udara dan lembut adalah beberapa faktor penting dalam memilih lampin untuk kulit sensitif bayi anda. Lampin bebas wangian juga mengurangkan potensi tercetusnya kerengsaan.
  2. Kerap tukar lampin. Kebasahan daripada air kencing dan najis menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan kulit jika dibiarkan terlalu lama. Yis dan bakteria suka tempat yang basah dan hangat. Pastikan anda segera menukar lampin basah, kotor atau penuh.
  3. Bersihkan kulit dengan cermat. Bilas punggung bayi dengan air suam semasa menukar lampin. Anda juga boleh menggunakan tisu basah bebas alkohol/wangian atau pencuci bukan sabun untuk membersihkannya. Lap kulitnya dengan lembut menggunakan tuala atau biarkannya kering sendiri, tetapi jangan gosok dengan kasar.
  4. Biarkan terdedah. Biarkan sebentar kulit bayi kering dan bernafas secara semula jadi kerana ini juga membantu proses penyembuhan sebelum memakaikannya lampin baharu.
  5. Jangan terlalu ketatkan lampin. Ia akan bergeser pada kulit, menghalang aliran udara dan memerangkap kelembapan, lalu mendatangkan keadaan yang sesuai untuk ruam. Ini penting terutamanya jika lampin akan dipakai semalaman.
  6. Gunakan Sooth (Herbal) Cream Najlaa. Krim ini bertindak sebagai pelindung untuk kulit terhadap air kencing dan najis. Sooth (Herbal) Cream mengandungi zink oksida bagus untuk tujuan ini. Adalah baik Add on Nourish Lotion.



No comments:

Post a Comment

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi? Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan...