Friday, 27 December 2024

9 TIPS PENJAGAAN POTONG KAKI (AMPUTASI)

 

SEBAB AMPUTASI

Ada tiga situasi yang menyebabkan pesakit terpaksa diamputasi (potong kaki)

  1. Pertama, kematian tisu kaki sama ada disebabkan berlaku kekurangan aliran darah atau jangkitan bakteria yang serius.
  2. Kedua, jangkitan kuman teruk yang sudah merebak ke bahagian atas kaki hingga boleh membahayakan nyawa pesakit.
  3. Ketiga, kaki pesakit rosak kerana saluran darah hancur akibat kemalangan menyebabkan bekalan darah terputus dan anggota itu tidak dapat diselamatkan.

RISIKO AMPUTASI

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin pakar Ortopedik, penjagaan luka perlu dilakukan dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman. "Ada pesakit datang menemui saya kerana menghadapi masalah ini (tempat pembedahan dijangkiti kuman). "Ia terjadi kerana pesakit tidak melakukan cucian luka di klinik berhampiran," katanya."Ada pesakit perlu dimasukkan semula ke wad kerana jahitan luka terbuka dan bernanah," katanya.

PENJAGAAN AMPUTASI

  1. Pesakit perlu mengamalkan penjagaan yang betul (cuci luka di klinik), luka lebih cepat kering dan seterusnya jahitan boleh dibuka dalam tempoh di antara 10 hingga 14 hari.
  2. Pesakit perlu membuat fisioterapi secara berkala di rumah, bagi menguatkan otot  dan sendi.
  3. Menyediakan kerusi roda kerana kemudahan ini amat diperlukan untuk memudahkan pesakit bergerak terutamanya ke tandas. Sepanjang pesakit berada di rumah, perlu pastikan tiada objek di atas lantai kerana ia boleh mengganggu pergerakan kerusi roda.
  4. Katil yang menempatkan pesakit pula perlu dirapatkan ke dinding. Ini untuk mengelakkan pesakit terjatuh daripada katil ketika bangun pagi kerana terlupa yang dirinya sudah tiada kaki.
  5. Potong kuku jari anda terus lurus, dan cuba untuk tidak memotongnya terlalu pendek.
  6. Jangan berkaki ayam di dalam atau di luar rumah.
  7. Kelembapan antara jari kaki boleh menyebabkan jangkitan, jadi cubalah letak bedak di antara jari kaki anda untuk memastikan kulit kering.
  8. Sapukan lapisan Essence Rub (Balm Najlaa) untuk membantu mencegah keretakan kulit.
  9. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Sooth(Herbal) Cream untuk menyembuhkan luka amputasi disamping penggunaan Herbal Oil, bagi mengurangkan rasa sakit.

No comments:

Post a Comment

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi? Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan...