Friday, 27 December 2024

3 JENIS HERNIA (PUSAT TIMBUL) DAN RAWATAN

JENIS-JENIS HERNIA

Hernia atau pusat timbul dan angin pasang adalah merujuk kepada masalah sama.

  1. UMBILICAL HERNIA. Benjolan yang tidak normal pada pusat dalam istilah perubatan disebut hernia umbilikus (umbilical hernia). Tetapi kenapa pusat bayi timbul? Ia berkembang apabila sebahagian daripada lapisan perut, bahagian usus, atau cecair daripada perut melalui otot dinding perut.
  2. INCARCERATED HERNIA. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, organ di dalam perut terperangkap (incarcerated) di dalam kantung hernia. Ia sekali gus menyebabkan muncul benjolan walaupun si kecil berada dalam keadaan tenang. Situasi ini disebut sebagai angin pasang tidak surut.
  3. STRANGULATED HERNIA. Situasi angin pasang terbelit (strangulated) juga amat jarang berlaku kepada bayi kecil. Sekiranya ia berlaku, si kecil akan mengalami kesakitan yang teruk. Selain bertukar kemerahan, pusatnya juga mungkin akan menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan. Si kecil juga berkemungkinan akan mengalami demam, muntah atau tidak mahu menyusu. 

RISIKO HERNIA

  1. Bayi dengan berat lahir rendah dan bayi pramatang antara yang berisiko besar mengalami keadaan ini.
  2. Bayi baru lahir dan berusia kurang daripada 6 bulan

SIMPTOM HERNIA

Apabila anak mengalami angin pasang:
  1. Anda mungkin melibat benjolan lembut di bawah kulit pusat
  2. Benjolan akan lebih mudah dilihat semasa anak duduk, berdiri tegak atau menegangkan otot perut semasa menangis, batuk atau membuang air besar
Kebanyakan kanak-kanak tidak merasa sakit akibat hernia. Namun jika anak muntah, sakit atau perut membengkak, lakukan pemeriksaan doktor segera.

RAWATAN

Kebanyakan masalah angin pasang tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia biasanya sembuh sendiri apabila anak berumur 4 atau 5 tahun.

Doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan jika hernia umbilikus: 
  1. Menyakitkan
  2. Saiz benjolan lebih besar daripada ½ hingga ¾ inci
  3. Besar dan tidak mengecil dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan
  4. Menyekat usus 
Anda perlu membawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mereka mengalami simptom berikut setelah pembedahan:
  1. Demam
  2. Kemerahan, bengkak atau sakit
  3. Benjolan dekat pusat
  4. Darah atau cecair berbau berhampiran luka
  5. Loya, muntah, cirit-birit atau sembelit yang tidak berkurangan
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil Najlaa untuk mengecutkan Hernia tanpa pembedahan. Anda boleh mencubanya.




No comments:

Post a Comment

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi? Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan...