Thursday, 19 December 2024

5 PUNCA RUAM MUKA BAYI, DAN 5 PETUA HILANGKANNYA

PUNCA RUAM MUKA BAYI

RUAM pada muka bayi boleh menunjukkan keadaan yang lebih serius. Ruam biasanya kerap berlaku pada bayi, khususnya ketika dalam tempoh berpantang kerana keadaan persekitaran yang panas dan lembap.Ia selalunya berlaku pada bahagian kulit tertentu si manja seperti di bahagian pipi, dagu, leher dan kawasan pelipat lain.

  1. Masalah Ekzema, merujuk kepada keadaan kulit yang menjadi, gatal-gatal dan meradang.
  2. Masalah Ruam, kulit merah dan keradangan, kulit kepala berminyak, tompok bersisik, kerak putih atau kuning
  3. Masalah Newborn acne / Jerawat pada bayi. Bayi yang baru lahir, menyebabkan jerawat kecil dan merah berkembang, biasanya sekitar 2-6 minggu.
  4. Ruam akibat cuaca panas pula muncul apabila peluh terperangkap di bawah kulit.
  5. Sisa susu ibu pada pipi, tambahan lagi apabila si manja kerap menyusu badan.

CARA MENHILANGKAN RUAM MUKA

  1. Untuk menghilangkan ruam, ada beberapa petua yang boleh diamalkan antaranya menyapu air suam pada kulit bayi dan lapkan dengan kain lembut setiap kali selesai menyusu.
  2. Selain itu, tepung ubi juga boleh digunakan sebagai bedak sejuk untuk menghilangkan ruam pada bayi. Caranya mudah iaitu tambahkan sedikit air dan sapu seperti bedak sejuk.
  3. Dalam pada itu, minyak kelapa dara dan minyak zaitun juga mempunyai khasiat untuk merawat ruam pada bayi.
  4. Selain itu, lendir lidah buaya juga bermanfaat untuk mengurangkan ruam pada kulit bayi, caranya mudah iaitu hanya sapukan dan biarkan kering.
  5. Sooth Herbal Cream NajlaaNourish Lotion dan Serum Collagen Najlaa, 3 rangkaian produk penjagaan bayi yang boleh membantu mengurangkan masalah ruam. 



No comments:

Post a Comment

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi? Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan...