Sakit gigi adalah sakit yang anda rasakan sekitar gigi, gusi atau rahang. Selalunya, rasa gigi berdenyut tapi tak berlubang adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gigi atau gusi anda. Kadangkala, sakit gigi anda boleh disebabkan oleh masalah lain dalam badan.
SIMPTOMS SAKIT GIGI
Anda mungkin merasakan sakit seperti:
- Sakit berdenyut atau bengkak di dalam atau di sekitar gigi atau gusi anda
- Sakit berasa tajam semasa anda menyentuh gigi atau menggigit sesuatu
- Gigi menjadi lebih sensitif apabila mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas
- Rasa sakit seperti terbakar atau kejutan elektrik, namun jarang berlaku
- Demam dalam sesetengah kes
PUNCA SAKIT GIGI
Punca sakit gigi yang paling utama adalah disebabkan kerosakan gigi iaitu karies gigi. Selain itu, punca lain boleh termasuk bahagian gusi dan rahang seperti :
- Penyakit keradangan gusi
- Gigi sensitif
- Gigi retak
- Gigi tersepit, terutama sekali gigi bongsu yang tumbuh senget
- Abses gigi
- Sakit sendi rahang
- Selain itu, punca lain boleh disebabkan penyakit dari bahagian badan lain seperti :
- 1) Resdung atau sinus tersumbat,
- 2) Penyakit jantung atau kanser paru-paru (sakit gigi antara tanda sakit jantung) ,
- 3) Neuralgia trigeminal (tekanan saraf).
PENJAGAAN SAKIT GIGI
Sehingga rundingan anda dengan doktor gigi, cubalah beberapa petua seperti berikut :
- Kumur mulut menggunakan air suam, bergaram lebih baik.
- Berus gigi setiap hari, sekurang-kurangnya setelah bangun tidur dan sebelum tidur
- Kurangkan makanan bergula, untuk menjaga enamel gigi
- Gunakan flos gigi untuk membuang sisa makanan atau plak yang tersepit di antara gigi anda.
- Jika sakit gigi anda semakin teruk, pertimbangkan untuk mengambil ubat tahan sakit dari farmasi.
- Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil untuk menhilangkan sakit gigi. Simpan satu dirumah untuk kecemasan.
No comments:
Post a Comment