PUNCA UBAN
Asasnya, uban terjadi disebabkan penuaan semula jadi, uban juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan dan masalah kesihatan.
- Punca utama apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.
- Untuk faktor genetik, uban berkait rapat dengan kondisi gen anda di mana tubuh gagal menghasilkan melanin selepas beberapa tahun.
- Manakala punca ketiga yang menyebabkan uban di usia muda ialah penumpukan hidrogen peroksida yang kerap di folikel rambut anda. Hidrogen peroksida bertindak sebagai agen pemutihan yang menghilangkan pigmentasi pada rambut anda.
- Namun, fakta yang agak merisaukan adalah kadang-kadang uban menunjukkan penyakit, terutama jika berlaku di usia muda. Antaranya uban berkemungkinan terjadi atas beberapa faktor penanda aras kesihatan seperti berikut :
- Kekurangan vitamin B12
- Neurofibromatosis. Penyakit turun-temurun ini menyebabkan ketumbuhan pada saraf dan pembentukan kulit dan tulang yang luar biasa.
- Tuberous sclerosis. Penyakit turun-temurun yang jarang berlaku, boleh menyebabkan ketumbuhan benigna di sebilangan organ seperti otak, jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan kulit.
- Penyakit tiroid
- Vitiligo: Penyakit ini menyebabkan sel-sel yang menghasilkan melanin musnah, disebabkan oleh imun badan sendiri.
- Alopecia areata: Sejenis penyakit di mana tompokan rambut boleh hilang, terutama sekali rambut berwarna normal. Ia boleh menyebabkan pesakit lebih peka akan uban yang sedia ada. Bila pertumbuhan rambut berlaku, ia mungkin menjadi uban, tetapi warna normal rambut akan kembali kemudiannya.
MENCEGAH UBAN
Jika punca beruban ialah genetik atau proses penuaan, tiada pencegahan yang dapat mencegahnya. Namun, sesetengah punca boleh dicegah dengan cara berikut:
- Berhenti merokok
- Mengubah pemakanan anda. Diet yang kaya dengan vitamin B12 seperti makanan laut, telur, daging merah dan sayur-sayuran hijau. Masukkan makanan yang kaya dengan antioksidan ke dalam diet anda seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh hijau, minyak zaitun dan ikan.
- Menguruskan tekanan anda dengan lebih elok seperti bersenam, melakukan aktiviti yang anda minati dan sebagainya.
- Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nutrien Oil Najlaa untuk mendapat rambut yang baik. Nutrien Oil adalah sejenis minyak yang diperkayakan dengan pelbagai jenis minyak semulajadi yang kaya nutrien dan vitamin.
No comments:
Post a Comment