Gaya kehidupan yang SIHAT, CERIA , BAHAGIA dan SELAMAT sememangnya merupakan impian setiap manusia di dunia ini. Bagi mencapai impian tersebut, pengamalan cara hidup sihat adalah baik. Terdapat pelbagai cara untuk hidup sihat:
- Menjaga ibadah harian. Hidup bertuhan dan hidup beragama membantu kita menjalani kehidupan dalam keadaan baik, kerana disana ada harapan , Tuhan sebagai penyelamat. Pahala ibadah membuatkan hidup kita diberkati dan dilimpahi Rahmat. Oleh itu hendaklah kita menunaikan solat 5 waktu, diawal waktu, zikir kepada Allah dan membaca Al-Quran, disamping ibadah lain seperti bangun malam Tahajud.
- Menjaga Pemakanan Seharian. Pemakanan seimbang adalah penting, pengambilan makanan mengikut piramid makanan. Antara cadangan makanan paling utama adalah satu pertiga karbohidrat, satu pertiga protein dan satu pertiga sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, bergula, berminyak dan bergaram bagi menghindari pelbagai penyakit. Mengambil minuman secukupnya, doctor sering mencadangkan air kosong adalah baik.
- Melakukan Senaman atau Riadah. Beriadah secara konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3x seminggu. Sekurang kurangnya 30 minit setiap sesi.
- Jauhkan Diri Daripada Stress atau tekanan. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti:- Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar ataupun kaunselor. Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga. Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasi diri. Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat.
- Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran . Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tong sampah untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.
- Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan. Kebanyakan orang biasanya berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Ini salah kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan masa dua kali setahun. “Mencegah lebih baik dari mengubati”.
- Belajar sesuatu yang baru. Perkara baru yang anda belajar membuatkan otak anda aktif dan sihat. Cuba belajar sesuatu yang baru seperti Bahasa, seni mempertahankan diri, muzik atau memasak. Ia juga akan menambahkan keyakinan diri.
- Tidur yang berkualiti memberikan anda mood yang baik. Jangan terkurang atau terlebih tidur. Padamkan lampu saat tidur.
- Pergi berjalan-jalan. Apabila kita keluar melihat alam, kebesaran Tuhan melapangkan akal fikiran, mengurangkan stress, menambah pengalaman hidup. Contoh aktiviti memanjat gunung, lawatan ke zoo, taman bunga atau tempat-tempat menarik.
- Berfikiran positif. Fikirkan hal yang baik baik dan ucapkan perkataan yang baik baik, membantu seseorang hidup lebih positif. Senyum dan gembira adalah penting untuk hidup Bahagia.
No comments:
Post a Comment